Rabu, 30 Disember 2009
Khamis, 22 Oktober 2009
SENARAI JAWATANKUASA
PENASIHAT
Abd Razak Bin Halidi
hanyar.blogspot.com
PENGERUSI
Raja Sulaiman Bin Raja Kassim
NAIB PENGERUSI
Mohd Khairool Bin Ngadon
[khairoo84@yahoo.com][yaezeed@yahoo.com]
SETIAUSAHA
Sobrani Bin Jaril
[sahabat_jr@yahoo.com]
BENDAHARI
Nur Aminalita Bt Harun
[nur.lita@yahoo.com]
JAWATANKUASA
Raja Zairil Bin Raja Sulaiman
Nasarudin Bin Baharum
Mohd Faizal Bin Ramlee
Wan Amsyar Hazim Bin Ghazali
Wan Amirul Hakim Bin Ghazali
Mohd Johari Bin Yusof
Hanapis Bin Abu Bakar
Muhd Nur Salihin Bin Salehudin
Shahrul Azroy Bin Sulaiman
Omar Bin Nahar
Mohd Harhan Bin Kasa
Zuraidah Binti Mamat
Indra Liyana Bin Rahim
Mohd Rahiziikmal Bin Mohamad Her
Muhd Aminnurrasyid Bin Mohd Zakemudin
Rohaidah Binti Abdullah
Muhammad Dzulkifli Bin Bahtiar
Mujtahid Bin Mohd Mokhtar
Nazri Azam Bin Rahmat
Haina Hanim Bin Kasa
Mohd Hanafy-Al-Hafiz Bin Mat Isa
Saidin Bin Shaharudin
Hashim Bin Dollah
Abd Razak Bin Halidi
hanyar.blogspot.com
PENGERUSI
Raja Sulaiman Bin Raja Kassim
NAIB PENGERUSI
Mohd Khairool Bin Ngadon
[khairoo84@yahoo.com][yaezeed@yahoo.com]
SETIAUSAHA
Sobrani Bin Jaril
[sahabat_jr@yahoo.com]
BENDAHARI
Nur Aminalita Bt Harun
[nur.lita@yahoo.com]
JAWATANKUASA
Raja Zairil Bin Raja Sulaiman
Nasarudin Bin Baharum
Mohd Faizal Bin Ramlee
Wan Amsyar Hazim Bin Ghazali
Wan Amirul Hakim Bin Ghazali
Mohd Johari Bin Yusof
Hanapis Bin Abu Bakar
Muhd Nur Salihin Bin Salehudin
Shahrul Azroy Bin Sulaiman
Omar Bin Nahar
Mohd Harhan Bin Kasa
Zuraidah Binti Mamat
Indra Liyana Bin Rahim
Mohd Rahiziikmal Bin Mohamad Her
Muhd Aminnurrasyid Bin Mohd Zakemudin
Rohaidah Binti Abdullah
Muhammad Dzulkifli Bin Bahtiar
Mujtahid Bin Mohd Mokhtar
Nazri Azam Bin Rahmat
Haina Hanim Bin Kasa
Mohd Hanafy-Al-Hafiz Bin Mat Isa
Saidin Bin Shaharudin
Hashim Bin Dollah
Khamis, 8 Oktober 2009
Sudah Bermula....
nampaknya.... gerai-gerai di Pantai Morib sudah mula dirobohkan untuk pembangunan semula pantai morib!
harapan ANAKMORIB:
jangan nanti projek ini akan jadi seperti "Projek Gajah Putih"
harapan ANAKMORIB:
jangan nanti projek ini akan jadi seperti "Projek Gajah Putih"
Jumaat, 4 September 2009
DITUTUP DALAM MASA TERDEKAT
2 September 2009, beberapa manusia sedang menegakkan papan tanda di Pantai Morib, ANAK MORIB rasa teruja untuk melihat apa isi kandungan papan tanda tersebut;
NOTIS PEMBERITAHUAN
SILA AMBIL PERHATIAN. MEDAN SELERA INI AKAN DITUTUP DALAM MASA TERDEKAT
UNTUK KERJA-KERJA
PEMBANGUNAN PANTAI MORIB.
ARAHAN
YANG DIPERTUA MDKL
-----
Jadi, ini tentunya berita gembira kepada kami dan mereka yang mengharapkan PANTAI MORIB berubah wajah. Tetapi, papan tanda itu tidaklah menyebut bilakah tarikh akan bermulanya kerja-kerja tersebut...
menjadi persolan kepada peniaga-peniaga di sini, mana notis dari MDKL supaya mengosongkan premis masing-masing? pening!
------
dari laman MDKL
klik imej atas untuk enlarge
Selasa, 25 Ogos 2009
::RAMADHAN:: antara dosa dan pahala.. pilihlah!
Ramadhan mengajak kita untuk memperhebatkan amalan dan ibadat. bukan lagi masa untuk mengatakan Ah! nantilah!. rebutlah segera peluang dan terbentang dihadapan kita. apabila kita berbelanja, maka ingatlah, berpada-pada... menjamu orang lain dengan wang kita sendiri dikira sedekah... tapi apabila berlebihan, membazir! dan menjadi dosa.. maka pilihlah, dosa atau pahala?!
Khamis, 20 Ogos 2009
::SALAM RAMADHAN::
PENGERUSI, AHLI HAWATANKUASA DAN AHLI KELIAB BELIA MERDEKA PANTAI MORIB [ANAKMORIB] MENGUCAPKAN SELAMAT MENYAMBUR RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SELLURUH MUSLIMIN DAN MUSLIMAT.
Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
PENERANGAN HADIS
1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.
2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.
3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.
4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.
5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.
6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.
7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.
8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.
9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.
10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.
11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.
Khamis, 13 Ogos 2009
Dalam masa beberapa hari ni ANAK MORIB tak sempat nak update blog atas kesibukan. Beberapa ahli ANAKMORIB dijemput untuk sama-sama menjayakan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Kompleks Sukan Air, Tasik Putrajaya pada 12 Ogos 2009. Kami dikehendaki untuk menggambarkan keadaan nelayan diatas bot untuk perarakan atas air yang disaksikan PM Malaysia dan menteri kabinet lain. Antara agensi lain yang terlibat adalah seperti bomba, PDRM, JPAM, RELA, Belia Malaysia dan banyak lagi. antara gambar yang sempat dirakam;
Langgan:
Catatan (Atom)