Khamis, 30 Julai 2009

Makan Minum-Karaoke-Rileks

Lepak di rumah terasa bosan ditambah dengan lapar dan dahaga.... erm apa nak buat eik??







Kami di King Ikan Bakar Pantai Morib memberikan kepada suasana yang santai.... untuk menjamu selera. Disini kami mengutamakan keselesaan pelanggan-pelanggan kami. Kami menyediakan pelbagai jenis hidangan istimewa untuk anda.... Jangan lepaskan peluang untuk menikmati resipi istimewa kami; "Nasi Goreng Pantai Morib". Harga yang kami tawarkan cukup berpatutan....Selepas kenyang perut, boleh berkaraoke.... lepas karaoke, rileks menikmati pemandangan indah Pantai Morib. Kami juga sedia menerima sebarang tempahan katering sama ada di pantai Morib ataupun luar.
No untuk Dihubungi, 013 343 6250 (Raja Sulaiman) 017 251 1981 (Raja Zairil) 017 618 8323 (Bob) 013 360 7162 (E-One)








Siapa patut dipersalahkan? Penduduk atau PBT

Keadaan parit dihadapan Pantai Morib begitu menjijikkan! tersumbat, berbau, melimpah jika penuh akibat hujan lebat! terletak diantara Masjid dan padang bola sepak.... Apabila diadu kepada PBT, Penduduk membuang sampah sesuka hati ke dalam parit.. (??????) gambar dibawah tidak boleh berbicara... tapi lihat sendiri dan tentukan, PBT or penduduk yang bertanggungjawab.




















SEE? adakah penduduk sengaja membuang daun-daun kering ini kedalam parit? jadi jawapannya... PBT perlu bertanggungjawab untuk menyelenggara.. jadi disini peranan Ahli Majlis MPP Zon 15 diperlukan!
















gambar ini pula memberi jawapan jelas... bahawa syarikat yang dilantik untuk melakukan kerja pembersihan tidak menjalankan kerja dengan baik. Plastik sampah terbiar disini. sudah pastinya anjing menyelongkar palstik sampah ini....

feww!!!!

Rabu, 29 Julai 2009

Panorama Pantai Morib





























Selasa, 28 Julai 2009

Morib Oh Morib!

Setelah setahun Ahli Majlis berkenaan (Gambar sebelah) tidak mengurus dengan baik serta banyak harta kerajaan menjadi terabai. Keluhan peniaga disitu, meminta agar Ahli Majlis ditukar dan biarlah orang yang lebih bertanggung jawab.Banyak perkara-perkara yang beliau boleh buat dengan kerjasama j/k MPP Zon, tetapi sebahagian dari j/k MPP Zon juga tidak amanah lalu harta kerajaan yang disediakan terabai.Bolehlah lihat seperti dalam gambar.











Gerai-gerai khemah telah setahun beroperasi, juga mengganggu laluan masuk kegerai makan. Didapati juga peniaganya bukanlah orang tempatan, peniaganya adalah indonesia dan campucia.Dipertikaikan bagaimana cara kelulusan lesen dibenarkan. Dimaklumkan juga tamat perniagaan pada Jun lalu tetapi masih beroperasi lagi.








Bangunan ini yang dulunya dijadikan pusat pameran barangan pelancungan juga terbiar juga arus litar letrik telah dipotong serta peralatan dalaman yang kerajaan sediakan dulu kosong, kerana ada orang-orang yang tidak bertanggungjawab korbankan.











Rumah gasing terbiar dan sejak setahun ini tidak pernah digunakan.












Tebing pantai retak teruk dan boleh mengakibatkan kemalangan pada pengunjung/kanak-kanak yang datang bersiar.









Pentas yang disediakan MDKLgt beroperasi, tetapi sewanya terlalu mahal, hampir RM1000. Pendapatan kasar 1 malam sekitar RM60- RM70 sahaja.


Aduan dari peniaga gerai makan tepi Pantai Morib yang menimbulkan keresahan seorang peniaga disitu. Masaalah beliau yang menjadi marah, kerana meter Air Syabas rosak akibat salah laku kontraktor pemasangan air itu sendiri. Dan lebih menjadi marah kerana pegawai Syabas meminta wang sebagai ganti meter baru.Apabila AMK K.Lgt datang kepejabat Syabas bersama peniaga tersebut untuk keterangan lanjut daripada pegawai bertanggungjawab, dengan mudahnya masaalah itu diselesaikan. Dan tiada tuntutan seperti yang diminta.











Anda boleh membuat keputusan dimana silapnya kontraktor itu melakukan kerja-kerja pemasangan meter air seperti dalam gambar. Dan banyak lagi meter bersebelahan seperti itu.



Sementara itu juga Seorang anak raja berketurunan Bugis menceritakan masaalah sampah yang bertimbum. Tidak ada tong disediakan dan sampah dilunggokkan diatas tanah sahaja.
beliau merayu pada s/u MPP zon untuk tindakan. Tetapi langsung tidak dihiraukan. "Mungkin beliau ,tidak berniaga lagi disitu. Pada hal memiliki gerai di sini".













Nyonya ini berkata "wa hailan tong sampah talak. Apa boleh buat, sampah inimacam buangla. Kita olang bayar cukai ma".




DIMANAKAH INSAN YANG BERNAMA KARUNAKARAN A/L ANNAVY YANG SEPATUTNYA MENGAMBIL BERAT TENTANG PANTAI MORIB????