Khamis, 6 Ogos 2009

Pantai morib Diserbu IMEGRESEN MALAYSIA

5 Ogos 20o09, jam 12.30 tgh malam, Pantai Morib telah diserbu oleh sekumpulan penguatkuasa dari Jabatan Imigresen Malaysia.

Khabar dari mereka, berdasarkan laporan orang ramai terdapat pekerja Indonesia (PATI) di kedai-kedai Pantai Morib. Hasil dari serbuan itu, 2 orang telah ditahan dan dibawa Pejabat Jabatan Imigresen Shah Alam. Antara yang ditahan dikenali sebagai Arun kerana tidak memiliki permit kerja dan seorang lagi dikenali sebagai Tasha ditahan kerana disyaki PATI disebabkan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan seperti kad pengenalan atau Sijil Lahir kerana ayahnya tidak mendaftarkan kelahiran beliau.

Atas daya usaha ANAKMORIB, akhirnya Tasha telah dibebaskan setelah disahkan taraf permastautin oleh Ketua Kampung Seri Cheeding. Cuma ANAKMORIB kesal dengan Ketua Kampung Morib & Tali Air, Tn. Hj. Hamdani B. Siraj yang seperti bermain tarik tali dalam hal ini...

APALAGI DUGAAN PANTAI MORIB SELEPAS INI?!