Selasa, 4 Ogos 2009

5.5 Juta atau 4.2 Juta? pening!






Pagi tadi jam 11.25 pagi (perjanjian dia ingin berjumpa ANAKMORIB jam 10 pg) ANAKMORIB ada berjumpa dengan Karunakaran (Ahli Majlis yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Pantai Morib)....





Antara isu panjang yang ANAKMORIB bincang dengan beliau, jumlah peruntukan kos pembangunan semula Pantai Morib. Dari sumber media yang ANAKMORIB perolehi RM5.5 Juta diperuntukan oleh Kerajaan Pusat. Apa yang disampaikan melalui mulut Karu, RM 4.2 juta dari kerajaan negeri! Projek kerajaan negeri khabarnya berkemungkinan bermula 15 ogos ini! jika benar sekalipun, mengapa para peniaga tidak diberi notis mengenai projek ini? adakah kerajaan menganggap Pantai Morib sudah tidak ada manusia yang menjalankan perniagaan lagi?


Karu juga meminta ANAKMORIB menyediakan lebihkurang lima ANAKMORIB yang lain untuk mengemukakan design pelan pembangunan Pantai Morib. ??? wow! ini namanya kerajaan terlalu prihatin! takpe, akan diusahakan dan moga-moga design itu nanti diluluskan!



antara isu Pantai Morib yang ANAKMORIB bangkitkan antaranya seperti sampah, longkang tersumbat, dahan pokok yang membahayakan, bangunan PESAT yang dahulunya milik Darul Ehsan Tourism Center (DETC), dan gangguan monyet.

Anehnya, apabila ANAKMORIB bangkitkan setiap isu, jawapannya; "semalam saya sudah beritahu mereka (siapa?) untuk ambil tindakan cepat!" bila masa dia beritahu...? katanya semalam yang sangat sibuk bagi dia, pagi sampai petang hadir dalam kekecohan perobohan kuil di Jenjarom. Petang hingga malam, di Pantai Morib menyambut Pesta Aadi Perukku.

Apabila ANAKMORIB bangkitkan isu peribadi dia pula, seperti kucing hilang anak. ANAKMORIB tidak mahu ahli majlis kawasan ini dijawat oleh orang korap dan penjenayah!
-------------
ANAKMORIB nak ajak kalian berfikir,
hampir 1 jam dia disini duduk berbincang, langsung tiada buku nota yang dibawa, apatah lagi mencatat setiap permasalahan yang dikemukakan. Hebatkan kepala otak dia?