Isnin, 3 Ogos 2009

Pesta keagamaan jadi kempen!










ANAKMORIB terkejut besar apabila mendengar ucapan dari orang kuat parti (Bangsa T*M*L)mengatakan dalam bahasa melayu kerana turut hadir YB Ahli Palimen dan Ketua AMK K.Langat;


"Saya berasa gembira dalam perjalanan ke sini bila nampak banyak kuil sudah didirikan! anda semua jangan takut, saya akan tolong anda semua.... siapa mau kasi roboh kita punya kuil?! Saya sudah pernah ditangkap dan dilokap! saya berani lawan! saya tidak takut kepada sesiapa pun! Dato' Seri Anwar Ibrahim pun saya boleh lawan! jangan takut sama Cina! Jangan takut sama melayu! mereka ada 3line gangster! buatlah kuil diamana anda suka!"

wow! ini pesta agama atau kempen? Berderau darah ANAKMORIB bila dengar ucapan mamat nih!
untk makluman majlis ini juga dihadiri oleh YB Abdullah Sani (Ahli Parlimen), Dr. Xavier (EXCO Selangor), Norazmi (Ketua Cabang Projek) dan beberapa orang kuat parti dari pusat.
Apa tindakan mereka?!!! duduk dikerusi empuk dalam pejabat?!!

2 HARI YANG "MENGERIKAN"...

Anyway, ANAKMORIB nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menganjurkan Pesta Aadi Perukku kerana memeriahkan suasana di Pantai Morib. Tapi, kami berasa "ngeri" dalam 2 hari pesta berlangsung..... apabila penganut-penganut H***u sesuka hati melakukan ritual mereka... sepatutnya penganjur menyediakan kawasan khas untuk mereka. Pengunjung lain dapatlah berkongsi sama untuk menikmati panorama indah di Pantai Morib.....


cuma.. ANAKMORIB kesal kerana...
keadaan sebelum dan selepas bermula pesta jauh berbeza...
Sebelum mula pesta... bersih dan damai....
Selepas mula pesta... lautan sampah di tebing pantai...(',')
look and think....




patutla... tong sampah ni dah terlalu kenyang!
tokei terpaksa menyapu sendiri kawasan kedai yang di banjiri sampah!
tapi, ANAKMORIB nak ucap terima kasih kepada ketua ranting simpang morib kerana mengarahkan anak-anak buah beliau untuk menyapu sampah. Itupun selepas ANAKMORIB paksa! kalau tidak memang tinggal begitu saja! dan selepas itu kami pula sambung sapu sampah...
buat kerja macam TAIK! tak ikhlas....

kalau diri sendiri tak boleh nak pimpin.. bagaimana nak pimpin ranting, cabang, Selangor dan Malaysia?! Manusia diberi otak dan terletak dalam kepala bukan kaki!